Tuesday, 6 August 2013

Sedih di hati kian terasa

Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainya. Sedih di hati kian terasa.
Kenapa bersedih? Banyak sebabnya. Bulan ni lah, segala amal berlipat ganda pahalanya. Bulan ni jugalah, makan berat... sekali je sehari. Mmg bagus diet harianku. So mmg sedihlah, ganjaran & kelebihan Ramadhan akan tamat xlama lagi.

Sedih sebenarnya... Dalam dok hantar kawan2 (Faridah & Ida) gi airport semalam.

  
Heading to Adelaide Airport

Sayu rasa hati tengok orang balik Malaysia. Beraya di tanah air... di kampung halaman masing2. Sudah tentu raya tu lebih bermakna kerana dikelilingi kaum keluarga & sanak saudara tercinta. Bila balik rumah, bukak radio HotFM atau SuriaFM. Bertambah2 la sedihnya bila asyik dengar lagu raya. Memang rasa nak meraung sebenarnya tapi kata hati, sabar je lah... Kena tabah. Nak hilangkan rasa sedih tu, pegi la masuk dapur... memasak. Kalau nak diikutkan banyak benda boleh makan tapi nak jugak masak. Nak kill time gituuu. So utilize kan nasi putih & ikan bilis goreng lebih kawan dengan nasi lemak hari sebelumnya. Dan hasil nya.... Tadaaaa!

 Nasi goreng

 p/s: Dalam peti ais, punya lah banyak ready-cook food, yang bahan mentah pun banyak. Macam2 ada!!!

Lepas tu bila tiba waktu berbuka, makan sorang2 (husben belum balik keje...). Lagi la rasa sedih! Bayangkan sambil2 makan sensorang tu, feeling2 dengar lagu raya "Air mata syawal" huhu, sedih giler rasa. Tengok atas meja, ada kuih raya... ada yang beli, ada yang Faridah bagi. Sambil krup krap krup krap makan kuih raya tu, lagi sekali rasa sedih. Sebab teringat moment buat kuih raya kat rumah dengan adik2ku. Tahun ni, pertama kali xbuat kuih raya sendiri.

Xpelah, pujuk hati ni. Harapnya pagi raya nanti, dapatlah merasa juadah kebiasaan pagi raya. Kena la masak sendiri... Nasi impit, lontong, kuah kacang & rendang ayam. Tapi husben suka rendang daging ala2 dendeng tu (dia panggil masak kicap...hihi) Lepas makan tu, nak pergi sembahyang raya di Bonython Park. Hopefully, dapatlah merasa suasana pagi hari raya tu nanti.

No comments:

Post a Comment