Sunday, 4 August 2013

2nd open house Alan Ave

Al kisah, Faridah kan nak balik beraya di Malaysia dan rumahnya pun akan diberi sewa kepada student undergrad. Flight hari Isnin, tentulah kena kemas rumah & pack barang2. Maka, saya offer lah berbuka puasa di teratak kecil kami pada harini. Nak juga jemput Ida & Alip tapi husben kata, dia bz baru balik dari Melbourne. Xpelah, next time leh jemput depa pulak. 

Kebetulan, hari Sabtu semalam, Ummi dah buat buka puasa & terawih di rumahnya dengan menjemput jiran2 sekitar Campbelltown ni. Yang hadir: saya, Kak Gina, Faridah, Melati, Kak As, Najwa, Is & Mai dengan family masing2. Menu yang Ummi hidang adalah nasi ayam, mee kari & pelbagai juadah sampingan lain. Saya bawak cekodok pisang & cucur tepung jer. Tapi xde gambar ;( Sebabnya masa tu dah lambat & if kat rumah orang, xsempatlah nak snap2 gambar. Lagipun husben marah dok amek2 gambar makanan. *Jangan buat perangai kat umah orang gituuu...* hihi

Nak menjemput ramai mcm tu memang xterdaya la sebab ruang rumah sempit. So, saya jemput Kak Gina, Faridah & Ummi dengan family masing2 sahaja. Memandangkan mereka ni telah banyak berjasa & jiran2 yang baik hati membantu sepanjang 5 bulan kami di Adelaide ni. Kira open house berbuka puasa ni cum house warming pun iye juga sebab dari masuk umah aritu, memang xpenah invite tetamu kecuali masa first haritu (nak discuss menu berjual di Pasar Ramadhan Uni Adelaide), sebab pintu depan rumah yang xleh dibuka. Ketat n xbuleh tolak lgsg! Landlord dah ganti pintu baru (dalam bulan puasa ni jugak) selepas berusaha nak selamatkan pintu lama tu.

 Ni lah landlord rumah kami, Mr Reno. Tengah solve masalah pintu depan tu. Last2, ganti pintu baru.


 Ni jer sempat snap gambar tetamu. First time Kak Gina datang rumah ni :)


 Pizza - Kak Gina bawak
Nasi lemak & sambal - Ummi bawak


Pulut serunding - Faridah bawak
Rajin cik kak ni bawak tau. Sbb husben dok cakap x dpt merase time berjual kt Pasar Ramadhan, tu yang dia gigih buatkan... TQ tau! Siap bagi kuih raye lagi... (yang kuih raya ni xpost kt sni, ingat nak buat entry tentang kuih raye di Adelaide nnt... so xtunjuk la kt sni...)  


Buat sendiri: mihun tomyam, ayam goreng berempah, cucur bawang


p/s: Terima kasih semua atas kesudian semua bertandang ke rumah kecil kami. Really glad & appreciate it! InsyaAllah, ada rezki & umur panjang... boleh buat makan2 lagi ;)

No comments:

Post a Comment