Salam Aidilfitri buat tatapan semua yang sudi menjengah ke blog ni. Sesungguhnya Aidilfitri kali sangat bermakna dan memberi kesan yang mendalam kerana pertama kali menyambut Syawal sebagai isteri dan pertama kali juga meraikan Aidilfitri jauh dari keluarga di Malaysia. Tidak seperti tahun2 sebelum ini, menjelang sahaja hari raya... saya pasti mengutuskan ucapan selamat & pohon kemaafan yang lazim boleh dilihat di FB. Kali ni, tiada lagi kata2 ucapan (mungkin mood tgh happy mase dok karang2 mase dlu2 tu). Hanya ini yang terungkap. Semoga ini bisa mencerminkan rahsia hati tatkala Aidilfitri nun di perantauan ini.
1 Syawal 1434H (8 Aug 2013)
Ni gambar kami di pagi raya. Lokasi: Thorndon Park, Paradise.
Awal pagi lagi kami dah sampai rumah Kak Liza & Abg Nizam utk beraya. Mmg seronok.
Menu: Nasi minyak, kari kambing, acar, nasi impit, kuah kacang, rendang, laksa, ayam & sosej goreng, aneka kuih raya, biskut & buah limau.
Mr hubby syok sbb first time jumpa Pak Mud & Mak cik Ana. Jumpe geng dapat cakap utara, mmg seronok la tukar tune Penang! Lepas tu siap escort & follow depa dtg ke Majlis Raya by MyPSA (SA) di Thorndon Park. Yang kelakar, dari jauh... semua ingat that's our parent yang kami bawak dtg majlis n sbb tu kot dtg lmbt... haha3
Majlis Raya by MyPSA (SA) di Thorndon Park. Makan kali kedua.
Menu: Nasi minyak, rendang kambing, kambing masak itam, kambing golek (majlis aqiqah), satay ayam, kari ayam, acar, nasi impit, kuah kacang, kek & few potluck
Sebelah petang tu, sebenarnya ada lagi jemputan beraya ke rumah Shifa Faizal. Tapi xde rezki nak pergi sbb mr hubby kerja. So, stay put je kat umh. Lagi pun perut mmg almost full, kenyang sungguh! Tq jemput, sorry xdapat datang. *Jgn serik ajak i dtg ye, hehe*
2 Syawal 1434H (9 Aug 2013)
Di pagi raya kedua, memang xde masak2 sbb dah confirm nk dtg jemputan open house di rumah Kak Gina pukul 2-6ptg. So, kami orang pertama yang sampai. Dapat la amek2 gambar & antara yang terawal menikmati juadah raya yang disediakan istimewa untuk para tetamu.
Open house raya cum farewell party by Kak Gina & family di 2, Meadow Ave.
Menu: nasi minyak, ayam masak merah, kari daging, laksa johor, nasi impit, kuah kacang, rendang daging, serunding, salad, kambing golek, steak, ayam goreng, aneka kuih raya, kek rainbow, kek marble, puding roti & tembikai.
Mmg meriah! Mcm2 ada... Tak larat nak makan semua. Siap ada castle for kids to play with. Daebak!!! Thanks for inviting
kak @ginamanan & family. Semoga raya terakhir di Adelaide ni paling
meriah & akan terpahat sebagai satu daripada jutaan memori indah.
3 Syawal 1434H (10 Aug 2013)
Bihun goreng *raya*
Menu breakfast cum luncheon on raya ke-3. Actually nak utilize apa yg ada, sbb dalam mode nk perabes mknan lebih2 yang ada dlm fridge tu :p Lagi pun belah petang, selepas asar... kami ada jemputan beraya di rumah Nadiya Halim.
Beraya di rumah Nadiya Halim @Blair Athol. Mcm2 ada.
Menu: nasi, rendang daging masak itam, ayam masak kuzi, acar, kuew tiau goreng, nasi impit, lemang, kuah kacang. Plus aneka dessert & siap ada oranges picking! Thanks for inviting. Luas benor rumahnye... Ohsem, mmg best okeh!
Di pagi raya ke-4, memang kena masak sbb dah xpegi ke jemputan beraya, di Shipster St or Festival Eidulfitri di Bonython Park. So, bukak peti ais, tengok ape yang ada. Kuah laksa je yang ada. Hurmmmmm... xyah susah hati, lagi sekali... utilize ape yang ada & ni lah hasil nya!
Meggi laksa on Sunday morning! Yummehhh
Sebelah petangnya... pukul 3, mr hubby ada janji nak main badminton pulak @42 Rutland Ave., Lockleys SA 5032. Hehe, I follow...
Nota siku: Masa ni dah realized yang feel raya semakin menghilang. Normal & usual routine laa nampaknya lepas ni. Maka, duniaku dah tentu akan terasa kembali kepada asalan iaitu *kenapa berada di Adelaide?*
No comments:
Post a Comment