Thursday, 4 August 2011

Ujian yang didatangkan

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dengan segala nikmat kurniaNya pada diri ini. Pelbagai ujian didatangkan untuk melihat adakah hambaNya ini bersyukur atau tidak, mampu menjadi muslim yang baik atau tidak dengan bersabar atas segala musibah atau perkara yang begitu tidak diingini.

Tergamam rasanya apabila kehilangan sumber teknologi dan perisiannya buat kesekian waktu. Saya agak sukar untuk menerima kenyataan kerana segala-galanya berlaku sepantas kilat. Tiada apa yang mampu dilakukan. Sudah tentu saya ada sebab untuk bersedih. Bukan tidak pernah bersyukur atau menolak takdir Ilahi, cuma perkara yang diuji lebih menjurus kepada kekhilafan diri sendiri. Hatta tiada guna air mata berdarah sekalipun. Hanya doa yang mampu dititip agar segalanya kembali pulih seperti sedia kala.

Bagaimana jika di akhirnya dikhabarkan berita yang mendukacitakan? Mampukah saya menerima ketentuanNya. Buat sementara waktu ini, tahanlah sekejap. Ujian ini dari Allah. Saya masih menunggu peluang and ruang pembaikan. Masih dalam fasa usaha dan tawakal. Semoga saya kekal beristiqamah dan tabah menjalani segala cabaran yang kian mendatang. Amin...

2 comments:

  1. Ade lah bende tu... hehe, agak kecewa la tp dah dpt replacement. no worries~~

    ReplyDelete