Monday, 1 August 2011

Ramadhan kembali lagi

Ramadhan kembali lagi. Pasti ramai yang ternanti-nanti bulan yang penuh keberkatan dan hikmahnya yang tersendiri. Menyorot kisah lalu, masing-masing pasti miliki cerita tersendiri bila berbicara tentang puasa di bulan Ramadhan. Dari cerita di zaman kanak-kanak, zaman belajar, mahupun zaman hidup sendirian, pasti ada momento yang terindah untuk dikenang dan mampu buat kita tersenyum. Jika dulu, Ramadhan kita di kampung halaman, kini mungkin tidak lagi. Atau jika dulu, Ramadhan kita di sekolah bersama geng atau kawan masing-masing, kini mungkin anda bersama rakan-rakan kampus di universiti. Jika dulu, Ramadhan kita di rumah sewa atau kolej kediaman universiti, kini mungkin tidak lagi. Jika dulu, Ramadhan kita di tanah air, kini mungkin berada di perantauan. Jika dulu, Ramadhan kita seorang diri, mungkin hari ini anda sudah bersama isteri/suami. Mungkin juga anda sudah beranak pinak... :)

Itulah bezanya dulu dan hari ini. Yang dulu tinggal memori yang menggamit hati, yang hari ini adalah realiti yang perlu kita hadapi. Tak tahu kenapa, ada sekelumit ruang di jiwa yang ingin mengimbau kembali kenangan Ramadhan yang pernah mencuit hati. Kini segalanya hanyalah nostalgia. Luahan di sini sekadar suka-suka. Apapun, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak untuk tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk meneruskan ibadah Ramadhan kali ini. Adakah ini Ramadhan terakhir buat kita? Wallahuallam.

P/S: Ketenangan Ramadhan kali ini benar-benar menggamit jiwa. Terasa kewl~~ and hari ini (1 Ogos) adalah ulangtahun pertama birthday si Umairah.

No comments:

Post a Comment