Besar sungguh dugaan berpuasa hari ini. Namun saya masih mampu bertahan walaupun dalam keadaan demam, selsema dan batuk-batuk. Alhamdulillah, saya berjaya menangani cabaran berpuasa hari ke-3. (tekak rase nk tercabut dah ni... kong kang kong kang!!!) Harap saya kembali sihat dan cergas seperti biasa.
Dalam menanti waktu berbuka puasa, saya sempat mengisi waktu dengan menyediakan sendiri juadah berbuka yang simple iaitu kuih buah melaka atau ada yang panggil onde-onde. Memang senang nak buat. Tak sampai 15 minit dah siap. Senang bah ni... cubalah!
Potong gula melaka dan blend daun pandan
Gaul adunan tepung pulut dengan air pandan dan isi gula melaka
Masukkan dalam air mendidih dan tunggu ia terapung
Apabila dah terapung, ia sedia untuk diangkat dan digolekkan bersama kelapa parut putih
Tadaa... inilah onde-onde, hidangan buka puasa hari ini :)
wah sedappppp nyeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....
ReplyDeletesimple je buatnye n mmg habis... bagus kan? :)
ReplyDelete