Sunday, 14 July 2013

Salam Ramadhan 1434H dari Adelaide

Sebelum ni xsempat nak bergebang di blog. Ni ade mase sket, teringin plak nak update blog yang dh sekian lama 'senyap'. Bukan xrajin atau xde cerita, tp asal tgh taip gambar xleh upload lah... atau asal ade gambar, xde line tenet lah... mcm2 hal. Haa ni dah ade mase try la berceloteh ape yg terdaye. Lebih2 lagi story ramadhan kami dari perantauan ni. 
  
Ni published post kat facebook menjelang Ramadhan khusus untuk kaum keluarga, rakan-rakan & kenalan saya semua. 

1  Ramadhan, 10 Julai 2013
Tahun ini merupakan tahun pertama menjalani ibadah puasa jauh dari keluarga di Malaysia. Saya dan suami belajar banyak perkara dan mula hidup berdikari. Setakat ini, Alhamdulillah segalanya baik2 sahaja.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun & maaf jika ada sebarang salah & silap, khilaf, sama ada dalam sedar atau tidak sedar. Saya juga pohon maaf dari pihak suami saya Faizal Yusoff & keluarga.

Buang yang keruh, ambil peluang tingkatkan amalan di bulan Ramadhan ini. Alangkah rugi andai peluang bertemu Ramadhan, disia-siakan dan kita gagal merebut fadhilat & ganjarannya. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik, lebih bermakna dan kita memperoleh rahmat Allah. Maaf zahir batin semua. Salam Ramadhan 1434H.

3  Ramadhan, 12 Julai 2013
First time berbuka puase bersama mr hubby @faizalyusoff20. Dalam kekalutan tiba lewat di rumah, sempat juga nak masak lauk kesukaannya, daging masak kicap versi mak (mil). Siap call mak untuk tanye bahan & steps. Sambil masak, mak dok leh dgr bunyi blend2 kt dapur :p dan hasilnya, mmg sedappp bkn main! :)
Daging masak kicap 'ibu mertuaku'

Tgk mr hubby makan makanan favourite dia... fuhhh, mmg puas hati masakkan dia. Dia bukan nya jenis memuji tapi kalau makan bertambah2 tu, faham2 sendiri la. Dia kalau dh suka, mmg akan selalu request. Dan setiap kali dah siap masak tu, mmg dah habit dia mesti say thank you

P/S: Tapi kalo masak xsedap pun, dia telan jugak... taknak bini dia ni merajuk :p

Mase makan, tambah lagi dengan kicap kipas udang. Confirm, terbaek!!! Nasib baik kt sni mmg ada supply kicap. Xpayah susah2 nak import dari Malaysia.

No comments:

Post a Comment