Sunday, 21 July 2013

Majlis Iftar Perdana anjuran MyPSA (SA) 2013

Majlis ni adalah event pertama yang dianjurkan oleh MyPSA (SA) 2013. Kami laki bini selaku committee yang berjawatan kecil dalam organisasi ni mmg teruja merealisasikan event ni. Nawaitu kami hanyalah krn Allah SWT & nak bantu Amirul selaku Presiden kelab. Sepanjang tempoh persediaan majlis ni, ada beberapa kisah & banyak cakap2 belakang yang tidak manis didengar. Namun kesudahan nya, amat baik... dan majlis telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung ataupun sebaliknya. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik semua.    

Butiran event
Tarikh: Sabtu 20/7/2013
Masa: 5.00petang - 8.00malam
Tempat: Campbelltown Memorial Oval Hall, corner of Darley Rd & Lower North East Rd, Paradise

 Solat Maghrib, Isyak & terawih diimamkan oleh Dr Imran

Antara juadah kuih muih & buah oren untuk buka puasa

Ada juga kurma (disedekah oleh para dermawan) & ayam masak merah sebagai main menu 

Main menu: nasi hujan panas, ayam masak merah & acar. 

p/s: Memang sedap masakan abg Idris & kak Hai. Seperiuk besar depa masak. Dapat laa masing2 bawak balik serba sikit :)


No comments:

Post a Comment