Lama sungguh aku tinggalkan blog nih. Rasa kekok nak menaip. Haha... Jika ada yang tertanya2, bagaimana aku kini, jawapan nya mudah. Aku baik2 sahaja. Hatiku kian pulih. Sudah boleh melangkah normal dan jiwa kental teringat memori silam. Cuma aku sedar, aku manusia normal. Xsuka nak menoleh dan menangisi sejarah silam. Apa yang terjadi, aku biarkan terjadi. Sudah nasib diriku begini. Aku redha, se-redha2 nya. Mungkin semua yang berlaku, ada hikmah nya. Aku akan menanti dgn penuh sabar.
Sejak akhir2 ni, sering terfikir dalam minda sedarku, andai jodoh yang datang tu bukan dari kenalan atau kawan yang kita kenal sejak sekian lama. Bagaimana utk diharungi? Boleh ker? Haha, mcm2 persoalan dan jwpn. Masing2 punya akal fikiran dan pendapat tersendiri. Jadi, terpulang.
Sejak dulu, yang penah hadir dalam diari hidup aku hanyalah dari kalangan rakan2. Xpernah pulak cuba utk menerima orang lain yang tah siapa dan dari mana dtgnya sebagai kawan. Jauh sekali utk mengetuk pintu hati dan bertakhta di dalamnya. Tapi kuasa Tuhan mmg kita xboleh duga, siapalah aku utk menolak takdirNya. Andai sudah tersurat, akan ku turutkn jua. Kerana pegangan aku kini mudah. Segala yang mendatang dan yang dilalui kini, semuanya adalah LILLAHI TAALA (kerana Allah Taala). Xpernah putus aku mendoakan yang terbaik utk diri ini. Semoga hidayah dan rahmat Allah sentiasa ada buatku. Amin~
Jika ada cerita yang boleh ku kongsi, di ruangan inilah tempat utk aku luahkan segalanya.
No comments:
Post a Comment