Kehidupan ni kadang kala nya indah, kadang kala nya mendung. Sesekali kita di atas, sesekali kita akan merasa di bawah. Ini semua adalah norma-norma kehidupan yang dilalui oleh kita sebagai manusia biasa. Lewat kebelakangan ini, saya diduga dengan beberapa insiden yang mencalar dan merobek hati ini. Bukan niat menyalahkan sesiapa, sekadar ingin melempiaskan sisa-sisa perasaan yang tinggal. Ditinggal kekasih sudah menjadikan hati ini luka parah. Maka, kehidupan perlu diteruskan dengan merawat hati. Pelbagai cara yang saya lakukan demi mengharungi dugaan dan kekecewaan itu. Saya cuba dekatkan diri kepada Nya, sering berdoa dan memohon agar dipulihkan dari kesakitan dan kesengsaraan yang sedang ditanggung. Xramai yang memahami keadaan diri ini, namun saya yakin kuasa Allah dapat mengatasi semuanya.
Waima bagaimanapun, saya perlu tabahkan hati. Saya tetap manusia biasa yang harus menjalani aktiviti kehidupan seperti orang lain. Dunia saya biasa2 sahaja. Tidaklah begitu luas dan kompleks. Saya cuma dikelilingi ahli keluarga, teman2 rapat dan para pelajar2. Merekalah yang mewarnai dunia saya secara tidak langsung dan tanpa mereka sedari. Layanan, gurau senda dan hubungan akrab yang terjalin yang telah menjadi pemangkin utk saya menjalani kehidupan seperti biasa dan sesekali meneutralkan mood diri yang xtentu kestabilannya.
Memulihkan semangat yang kian luntur bukan nya mudah. Dalam seharian, tipu jika saya xteringat langsung atau xterganggu dgn memori silam. Tapi orang2 sekeliling lah yang telah membantu saya secara tidak langsung dalam mewarnai hari2 saya. Terima kasih yang xterhingga kpd teman serumah Noren & Is, geng 'uri' Botak, Monisa, student2 tersayang dan teman2 yang sudi bertanya khabar ttg diri ini... Amnor, Nani, Sall... :) kumawo guys!!!
Rasa malu memang menebal dan rasa sedih sering bertamu di ruang hati xkira waktu. Dek sbb itulah saya kian menyepi dan tidak lagi bersosial spt dulu. Bukan nak menyombong, jauh skali utk memencilkan diri. Tapi inilah kesan dari peristiwa yang berlaku itu. Berilah saya waktu untuk pulih dan kembali ceria. Harap anda semua faham dengan keadaan diri ini. Saya masih lagi terikat dalam fasa trauma, sering terkenang perkara yang berlaku. Apa yang boleh saya katakan, bukan mudah untuk lalui semua ini, bukan mudah merawat hati...
No comments:
Post a Comment