Luahan buat sang kekasih,
Terlebih dahulu, saya ingin mohon maaf zahir batin jika ada salah silap, terkasar bahasa atau ada tindakan saya yang melukakan hati awak. Dan terima kasih jua atas segala2nya. Banyak yang telah kita lalui dan saya yakin pahit manis yang pernah membadai hidup kita, pasti akan kekal dalam lipatan sejarah hidup kita. Ketahuilah bahawasanya, saya telah menjalani dan merasai kehebatan cinta bersama awak. Awak satu2nya insan dan teman yang berjiwa sangat tenang, berhemah dan sangat penyabar melayani kerenah saya. Saya hargai segala2nya ttg awk. Kehadiran awak dalam hidup saya, benar2 bermakna kerana awklah orangnya yang mengajar saya ttg pengorbanan cinta dan erti hidup yang sebenar. Mungkin betul, saya xmungkin berjumpa dgn insan seperti awak lagi selepas ini, tp apakan daya saya... Saya redha dan pasrah pada ketentuan-Nya.
Akhir2 ini, cabaran dan hakikat yang melanda hubungan kita sangat hebat... Dan sangat mengecewakan saya! Betapa hancur dan luluh nya hati saya ni bila terkenangkan segalanya yang berlaku. Apa salah saya sampai macam tu skali dugaan yang terpaksa saya tempuh. Air mata xhenti2 mengalir bila saya terkenangkan apa yang terjadi. Sampai hati awak menduakan saya dan menjalin 'hubungan itu' bersama dia!!! Xterjangkau akal fikiran saya membayangkan perkara tu berlaku. Perempuan tu dengan sangat bangganya mengakui segala2nya dan mempersenda saya dengan pelbagai kata2 nista dan 'penuh sopan'. Siapa dia, & manalah awak jumpa dia ni?
Awak claim, yang awak langsung xmengenali perempuan tu. Konon nya awak difitnah dan ada pihak lain yang kurang senang dan ingin mengganggu gugat hubungan kita. Saya percaya semua kata2 awak, sampai masa kali terakhir saya jumpa dan dengar suara awak, saya masih percayakan awak! Betapa hebatnya awak..... Tapi kebenaran pasti terserlah jua akhirnya. Mulai 1.30tgh 17hb Dec hingga kini, awak off kan handphone, gagal dihubungi dan langsung mengabaikan panggilan telefon dan sms saya. Itu sudah cukup membuktikan drama dan sandiwara awak selama ini. Kenapa awak xjawab panggilan saya?
Kata orang, berani buat, berani tanggung. Tapi awak langsung xbertanggungjawab. Awak diam seribu bahasa dan lari dari menjawab segala pertanyaan saya. Andai awak masih punya akal fikiran yang waras dan rasa sayang, saya mohon awak lepaskan saya dengan jelas dan nyata. Bagi kata dua, supaya benda ini xhanging dan xde dendam atau benci antara kita. Saya seorang yang rasional dan boleh terima perkara ini meskipun dengan berat hati. Cuma saya pohon, jangan pernah kembali pada saya dan jangan mencari saya lagi selepas ini. Teruskanlah kehidupan dan jalan yang awak pilih untuk bersama dengan perempuan tu. Saya doakan yang terbaik untuk awak dan dia.
Sedekad bersama, saya yakin awak memahami segala yang tersurat dan tersirat di hati saya. Cuma tiada jodoh antara kita. Ketahuilah sesungguhnya, sampai bila2 pun awak tetap dalam ingatan dan akan saya kenang sehingga ke akhirnya. Kembali dan bimbinglah dia di jalan Allah, semoga sama2 kita diberikan hidayah dan petunjuk olehNya bagi meneruskan kehidupan ini. Saya menutup buku tahun 2011 dengan coretan duka lara dan berharap bertemu sinar bahagia pada tahun baru 2012 ini. Akhir kata, selamat tahun baru. May you have a happy and brighter future. Take care :')
p/s: Nothing more to say, and this is the last. Hear this, Hati yang kau sakiti. ~~
No comments:
Post a Comment