Monday, 11 July 2011

Me, The Drama Queen

Rasa gian utk menaip di blog. Rasa rindu membuak2. Sebelum ni, saya sering meluahkan rasa kecewa. Tibalah masanya untuk bercerita perasaan gembira pula. Dalam hati ada taman. Hati pun ada pasang surutnya... Hahaha... xadil andai luahan rasa suka dan gembira xdizahirkan di blog ini. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya sedang merindui seseorang dan kecewa kerana dibiarkan tanpa khabar berita. Itu tafsiran saya sendiri. Yang sebenarnya, si dia cuma sibuk bekerja dan pada masa yang sama xde credit telefon utk ke-sekian kalinya. Tu yang berlaku salah faham dan  terjadilah drama hujung minggu. Segalanya dijernihkan kembali dgn kehadiran si dia. Kami bertemu dan menghabiskan masa bersama menonton wayang Transformers 3 pada 4 July lalu... (Iklan: saya kecewa dengan olahan jalan cerita Transformers 3. Keseluruhan cerita menjadi sumbang dan xsepatutnya watak Sam bersama org lain. Apabila karakter dan mood filem berubah, seluruh cerita menjadi canggung dan tidak harmoni. Saya bagi C+ utk cerita Transformer 3...)  

Kini, panggilan telefon yang sememangnya menjadi penghubung kami kembali berdering seperti biasa. Saya je la yang berdrama. Drama Queen... But i like... that's me. Percintaan jarak jauh memerlukan suatu kelainan dan kejutan bagi mewarnakan kehidupan. Lebih2 lagi antara kita bersifat sangat vice versa dlm setiap perkara. Oleh itu, harapan saya agar segala yang berlaku sebelum ini, akan  menjadi iktibar dan lebih mematangkan diri masing2 dalam menuju ke arah destinasi kami seterusnya :)      

No comments: