Salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya dalam mode jiwang lately ni... huhu^^ tapi jangan salah paham ye... mungkin kerana kesibukan dan tekanan kerja membuat jiwa saya terbuai-buai dan ingin lari sebentar dari alam realiti. Sesekali melayan fantasi, tentunya dapat memberikan kepuasan dan kelegaan di minda. Xpercaya? Cubalah... Saya ingin berkongsi citarasa buat mereka yang ingin ambil tahu ttg ceritera fantasi saya. Saya sebenarnya peminat tegar We Got Married (WGM)!!! Saya mengikuti perkembangan jalan cerita hubungan pasangan artis Korea yang sengaja dipadankan atas pelbagai faktor yang berbeza bagi menarik perhatian penonton. Saya mengikuti WGM sedari edisi musim pertama lagi. Pasangan2 berikut merupakan pasangan favourite saya. Setiap minggu, saya akan gigih menanti kemuculan mereka dan akan segera memuat turun setiap episod mereka di internet. Jika saya terlalu rindu, bosan atau berasa duka, mereka mampu membawa sinar tawa atau senyum bahagia buat saya. ^^ Huhu... I follow~~
YongSeo a.k.a Goguma Couple
Pasangan ini adalah Yong Hwa (CN Blue) dan Seo Hyun (SNSD). Pasangan ini sangat sweet, cheerful and sangat ideal. Pertembungan karakter menjadikan mereka pasangan yang sangat menarik dan unik. Yong Hwa merupakan seorang yang stailo, rockers, n suka main2 manakala Seo Hyun pula digambarkan sebagai seorang yang serius, pemalu, sopan dan bertatasusila. Pada peringkat awal, hubungan mereka berkembang perlahan memandangkan Seo Hyun tidak pernah bercinta atau berkawan dgn mana2 lelaki. Oleh itu, Yong Hwa sering mengambil inisiatif bagi menyemarakkan perhubungan dan menjayakan mission mereka setiap minggu. Keistimewaan pasangan ini:
- Kedua-duanya merupakan penyanyi/idol popular
- Typical Korean Couple
- Berkongsi minat menyanyi dan berkebolehan bermain alatan muzik
- Gemar memakan goguma (ubi keledek) sehingga digelar pasangan Goguma
- Melakukan banyak perkara menarik bersama seperti mendapatkan lesen kereta, bermain luncur ais dan ski, menyanyi di pentas besar bersama dan menggubah lagu
- Romantik dan saling menghargai pasangan
- Momen terbaik mereka adalah sewaktu Seo Hyun bertemu ibunda Yong Hwa secara formal di Busan, sesi fotografi perkahwinan yg indah dan episod perpisahan mereka memberi kesan paling dalam buat penonton2 WGM.
Hyun Joong and Hwangbo a.k.a Sangchu/Lettuce Couple
Pasangan ini berkonsepkan lelaki muda yang berpasangan dengan wanita yang lebih berusia. Jarak usia mereka adalah 6 tahun. Pasangan ini merupakan penyanyi popular di Korea, Kim Hyun Joong (SS501) dan Hwangbo. Menerusi WGM, kedua-duanya meraih populariti yang hebat sebagai pasangan yang bercinta. Kemunculan Hyun Joong di WGM telah membuka peluang buatnya berlakon dalam drama siri Boys Over Flower pada tahun 2009. Karakter Hyun Joong adalah seorang pemuda yang penuh karisma, kelakar, matang, berfikiran lurus dan pemalu. Pasangannya, Hwangbo adalah seorang wanita sofistikated yang pandai memasak, menjahit dan bijak mengurus hal2 rumahtangga. Sepanjang menonton pasangan ini, mereka dilihat banyak bermain dengan emosi, sangat kompetitif (kuat berlawan/bertaruh sesama sendiri) dan boleh bersama dengan harmoni. Keistimewaan pasangan ini:
- Hwangbo sangat pandai memasak n menjahit. Hyun Joong bertuah kerana tidak perlu risau akan berasa lapar :)
- Sering bertaruh dan bersaing sesama sendiri (berlumba utk menang semasa bersukan atau berhibur bersama)
- Kedua-duanya menandatangani perjanjian di awal perkahwinan dan sudi berkompromi, saling menghormati antara satu sama lain
- Ibarat api dan air, mereka memiliki personali berbeza namum berjaya mengatasi masalah bersama (Hyun Joong seorang pendiam manakala Hwangbo banyak bersuara dan sering berusaha gigih bagi mengurangkan kejanggalan semasa mereka bersama. Hyun Joong seorang yg sangat kelakar!!! n Hwangbo sering tergelak besar gara2 perwatakan dan gelagat Hyun Joong)
- Pasangan Hyun Joong dan Hwangbo pernah menang semua permainan dalam sebuah gameshow di WGM
- Kedua-duanya saling memahami dan serasi (kerana mind and soul thinking ttg perkara2 tertentu adalah sama)
Nichkhun and Victoria a.k.a Khuntoria Couple / Foreign Couple
Pasangan ini adalah gabungan Nichkhun (2PM) dan Victoria (F(x)) dan merupakan pasangan celebriti yang bukan warga Korea. Mereka dipertemukan sebagai pasangan bercinta yang berasal dari negara luar. Kebolehan dan minat mereka yang sama dalam dunia muzik menjadikan pasangan idol ini mudah mesra dan amat serasi bersama. Keistimewaan pasangan ini:
- Nichkhun berasal dari Thailand manakala Victoria berasal dari China. Namun, kedua2nya fasih berbahasa Korea
- Mereka sangat mesra dan tidak malu mempamerkan perasaan antara satu sama lain
- Kedua-duanya pandai menari
- Dilabel sebagai Beautiful Couple
- Victoria seorang yang pandai memasak manakala Nichkhun sangat romantik dan gentleman
- Pasangan ini memiliki rumah yang cantik berbanding pasangan WGM yang lain
Woojung (Friendship) Couple
Pasangan ini adalah pasangan idol terbaru di WGM. Mereka adalah Lee Jang Woo (Smile, Donghae) dan Ham Eun Jung (T-ARA). Mereka merupakan pasangan pelakon dan penyanyi yang dipertemukan sebagai pasangan celebriti yang sama2 masih belajar. Mereka digelar Campus Couple (CC) kerana belajar di kampus yang sama (Dongguk University) dan kedua2nya mengambil jurusan lakonan. Kebolehan dan minat mereka dalam drama dan muzik menjadikan pasangan idol ini mudah mesra dan amat serasi bersama. Keistimewaan pasangan ini:
- Mereka membawa plot sebagai pasangan yang bercinta sewaktu zaman belajar di kampus
- Kedua-duanya memiliki personaliti yang sama (Kedua-duanya memiliki jenis darah yang sama - O type, merupakan anak tunggal dalam keluarga, dan belajar di kampus yang sama)
- Pasangan ini digambarkan sebagai pasangan muda yang bebas berdikari, adventurous dan saling memahami
- Masing2 bersikap kompetitif dan matang meskipun masih muda
- Kedua2nya romantik tapi masing2 dilihat masih malu2. Mungkin krn hubungan mereka yang masih baru.
- Gabungan nama mereka membawa maksud friendship dalam bahasa Korea. Konsep pasangan ini adalah mungkin sebagai pasangan bercinta yang berasaskan jalinan persahabatan.




No comments:
Post a Comment