Monday, 28 March 2011

Bikin bingung, tertekan dan jiwa kacau

Terpukul juga hati ini kalau isu2 ini menerjah fikiran dan membelah jiwa. Saya merasakan tekanan yang hebat jika mula berfikir ttg perkara2 seumpama ini. Isu apakah itu? Untuk pengetahuan seantero isi alam, berikut merupakan bukan isu baru dan telah menjadi perkara yang selalu saya fikirkan...
1. Bile boleh kurus ni?
2. Kahwin. Bile jodoh saya akan tiba ye?
3. Si dia. Sudah bertahun-tahun lamanya menyulam cinta, ke mana hala tuju kita? 
3. PhD. Di manakah? Bilakah? Mampukah saya?

Adakalanya, saya sangat bingung memikirkan perkara-perkara ini. Dari pandangan mata kasar, orang melihat saya biasa sahaja. Mungkin saya dilihat gembira dan selesa menjalani kehidupan seharian. Namun, dalam hati ni... hanya Allah sahaja yg tahu. Sesungguhnya saya benar-benar mengalami tekanan. Saya mohon diberikan kekuatan olehNya dalam menempuh dugaan ini. Untuk berserah semata-mata, itu bukan saya. Saya sedang mengorak langkah bagi menangani isu ini. Hanya padaMu, Yang Maha Esa... tempat bagi Ku Mohon diberi kekuatan jiwa dan beroleh jawapan sebenar.

p/s: Andainya Si dia benar-benar memahami diri ini. ~