Salam sejahtera. Arini saya ingin berkongsi hasil pembacaan ttg kejayaan. Hajat dihati nak ulas ttg sebuah buku (tajuknya biarlah rahsia) yg sdg dlm pembacaan, tapi belum dpt buat sbb xhabis lg baca buku tu ^^... Sabar menanti ye... Isu yang ingin disuarakan hati ini adalah ttg...
Kejayaan... Setiap org pasti mengharapkan kejayaan dlm hidup. Definisi kejayaan dan pencapaiannya pasti berbeza bagi setiap org. Ada org menganggap kejayaan itu dicapai setelah cita-citanya tercapai. Ada yg menganggap dirinya dh berjaya dgn memperolehi gaji 5 angka, memiliki rumah besar, berkereta mewah, atau dgn memiliki keluarga bahagia. Ada yg mengejar status intelektual tertinggi atau status sosial yang hebat utk dilihat sebagai telah berjaya =P
Jujurnya, saya merasakan kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Bukan mudah menempa kejayaan tp saya yakin semua org mampu mencapai kejayaan yg diingini jika mereka berusaha. Langkah ke arahnya tidah susah. Hanya perlu sentiasa positif n optimis! Matlamat hidup setiap org adalah berbeza2.Tetapi sebagai org Islam, matlamat hidup kita ni sepatutnya sama. Xgitu? Fikir2kanlah...Tepuk dada tanya iman... Ke mana hala tuju hidup kita sebenarnya? Saya amat jelas dgn matlamat hidup saya, jadi saya ingin mencapai kejayaan itu. Pada saya, usaha, doa dan syukur merupakan rencah terbaik bagi mencapai kejayaan. Sesuai dgn maksud nama saya yg indah, Faizah... iaitu yang berjaya... =) Saya ingin berjaya... Matlamat saya, ingin menempatkan diri dalam taman indah Yang Maha Esa di alam ghaib nanti. InsyaAllah ~~