Thursday, 30 January 2014

My top 10 lauk favourite!

Lama x menjengah ke blog ni. Rindu...
Kalau nak diikutkan mmg banyak benda yang nak cerita, tapi virus M melanda diri. Jangankan nak menaip blog, berbalas text msg pun belum tentu. Disebabkan nak mendapatkan semula momentum research ni, maka marilah merapu ringan2 di sini... :p

Nak cerita apa? Kita cerita pasal makanan kegemaran. Lebih pada lauk nasi sebenarnya. Elok nau lah... Di kala tengah2 hari panas terik (sekarang tengah summer) kat office uni ni, hanya ada biskut Oreo & air kosong sejuk je kat atas meja. Molek untuk mengimbau makanan yang lazat dan tak terperi nikmatnya. Hehe..saya listkan my top 10 lauk fav!!!

10. jantung pisang rebus & sambal belacan

 
Pada yang xsuka maybe xheran pun dengan lauk ni.. (my sibling mmg xheran lauk nihh) huh, apa la yg sedap sgt dgn jantung pisang nih. Haha... umpama jantung hati, rase dia sedap manis2.. kulit pisang lembut. kalau cicah dengan sambal belacan, memang meletop!


9. daging masak kicap/dendeng

 

Ni lauk fav husben & me. At least, ada gak persamaan kami laki bini tapi saya xla no 1 fav macam husben. Jenuh saya belajar wat masak nihh sebab husben selalu cakap suh wat 'daging masak kicap macam mak dia'...


8. ikan kembung - goreng bercili/masak senggang
Saya memang suka ikan kembung. Another lauk fav yang sama dengan husben. tapi pada dia, goreng je pun dah OK. tapi sebenarnya ikan kembung ni memang super de vasttt kalo wat goreng bercili. sesekali nak tukar selera, wat masak senggang pun cara gak. Masak senggang ni mcm masak tumis air/rebus air jek, very simple tapi sedap!


 



7. tomyam
Ni all time fav. selalunya tomyam campur jadi pilihan. rasa masam, pedas2... arghh mmg ohsem!





6. sambal tumis udang petai
Fav kat lauk ni diwarisi secara genetik dari ayah. Dah start makan sejak kecik. Lauk fav ayah ni mmg ohsem! xpenah jemu okeh..



5. sup ekor
Ni lagi satu lauk fav husben and me. We have fav spot nak makan sup ekor sedap2. Kat Seksyen 20 Shah Alam ada 1 kedai fav jual sup ekor. Rasa masam2, n pedas sup power!!



4. asam pedas
Ni lagi satu all time fav. Tak kire lah asam pedas melaka ke, asam pedas ikan ke, daging ke.. Sure sebat jek. Husben jek pantang, xmakan if ikan pari. Paling best asam pedas daging tetel!! (xtau daging tetel, pi google... jgn nak imagine bukan2 pulak)



3. pajeri terung/mangga/nenas
Saya memang peminat pajeri terulung. Hahaha... Kalau dulu, mak mah mesti buat lauk ni, if tau saya balik rumah hjg minggu (masa dok Shah Alam dulu). Tka kira la.. pajeri terung ke, pajeri mangga ke, nenas ke.. i like!!!

 


2. padprik
Ni lauk sedap & senang sbb ada lauk (ayam, daging, or seafood) dengan sayur sekali. Lauk ni memang wangi & sedap especially kerana ada daun limau purut, serai & cili api. De vastttt okeh!!



1. sardin masak kicap
 jeng jeng jeng... lauk tersedap kita adalah sardin masak kicap. huhu... mesti ada yang kata, lahhh... suka lauk sardin je ker? masak kicap je plak tu.. hahaha. lantok le. dah tekak teman ni gemor, mmg boleh makan berulang2 tanpa jemu. Bahaya, sbb terlalu sedappppp!!


p/s: sengaja post gambar besar2... nak goda korang! Haha.. *lariiii*


1 comment:

  1. Nak request sambal tumis udang petai bole tak? Rindu serindu rindunya

    ReplyDelete