Friday, 17 May 2013

Pengalaman persediaan ke Adelaide

Tergerak pula hati ni nak menjaja panduan persediaan bagi sesiapa yang akan/memang menyambung pengajian, bekerja atau berhasrat untuk menetap di Australia (particularly in Adelaide).

Bukanlah pandai sangat nak list out panduan segala bagai... huhu, sekadar berkongsi pengalaman melakukan persediaan untuk berada di negara orang.

1. Cari rakan dan hubungi mereka yang boleh membantu
Sedari awal, saya dan mr hubby telah ber'email' dan ber'facebook' dgn kenalan yang telah lama berada di Adelaide ni. Jalinkan silaturrahim, bertanyalah segala bentuk persediaan (material, fizikal & mental) yang diperlukan sebelum terbang ke sini. Malu bertanya, sesat jalan. Kami telah di'war-war'kan supaya membawa semua dokumen asal (surat beranak, sijil kawin, sijil2 akademik, dll) dan buat lesen memandu antarabangsa. Lesen ni valid setahun shj, tapi boleh digunakan untuk urusan beli kereta dan pemanduan bagi tahun pertama di luar negara :)

Selain tu, boleh share info tentang undang2... dan benda2 yg boleh/xboleh di bawa ke dalam negara orang ni. Contoh kat Australia ni, mmg depa sgt strict dengan barang2 makanan berasaskan haiwan & tumbuhan yang nak di bawa masuk. Hanya barang2 kering yang dibenarkan, dengan syarat ianya dibungkus dengan baik (kalau boleh labelkan dengan jelas nama & ingredient nye skali) dan pastikan anda DECLARE ye dalam borang pass masuk yang kena diisi semasa kt dlm flight tu... (kalau pihak custom check, be honest... insyaAllah xde masalah)   

2. Organize transportation/minta dijemput setelah tiba di airport
Kalau boleh, siap2 lah organize transportation dari Malaysia. Senang sebab bile landed je, terus fikir nak tolak barang & bertolak ke destinasi penempatan sementara. Manalah tahu, kalau ada apa2 masalah ke, e.g. jetlag ker, anak kecil meragam ker... dah kurang satu hal nak fikir. Xde la baru nak tercari2 teksi atau pengangkutan alternatif setibanya di airport. Xgituuu? Hehe...

Untungnya di University of Adelaide ni, perkhidmatan pick-up at the airport memang disediakan and the most important, it is FREE! So, pastikan apply & hubungi pihak uni... dan kenalpasti wakil mereka yang akan menjemput kita di airport. Memandangkan saya dan mr hubby tiba pada awal musim semester pelajar baru, ramai international student yang menggunakan perkhidmatan ini. So surely xboleh nak hntr semuanya yang pasti punya berlainan tempat. Keluar sahaja dari ruang bagasi, kami terus ke arrival hall. Kami telah dijemput oleh seorang volunteer uni yang memberikan welcoming greet  & taklimat ringkas berkenaan urusan pendaftaran bagi pelajar baru. Kami diberikan tiket voucher teksi untuk ke Meadow Ave, Campbelltown (destinasi penempatan sementara kami) .  

3. Penempatan sementara
Mengikut pengalaman kami, tentu ramai yang sedia maklum yang saya dan mr hubby telah tinggal di rumah Kak Gina & family di Campbelltown. Dalam seminggu jugaklah kami stay kt situ. Memang segan dok umh orang lama2 sebenarnye... tapi apakan daya, dah takdirnya kami begitu. Apa pun, alhamdulillah, kami tetap bersyukur kerana berpeluang untuk berkenalan dan menikmati segala macam bentuk bantuan yang sangat kami perlukan semasa mula2 sampai di Adelaide ni dulu.

Ada rakan saya yang lain yang berkongsi pengalaman yang mereka telah mencari tempat tinggal semasa berada di Malaysia dengan menghubungi agent hartanah di sini. Mencari rumah sewa di sini bukan nya mudah. Prosesnya panjang dan pemilihan dibuat berdasarkan merit. Well, it was a brave action to do so and kalau bernasib baik, mungkin boleh dapat rumah yang ok. Cuma satu shj isunya... Pricy! Saya dan mr hubby bertuah sbb dpt sewa rumah & deal sendiri dgn landlord :)

4. Buka akaun bank
Membuka akaun bank tempatan antara perkara penting yang mesti dilakukan. Kami memilih ANZ Bank. Baik sungguh Ms Allison yang bekerja di ANZ Firle kerana sudi membantu kami. Segala urusan perbankan kami, dia yang tolong... smpi kan nak transfer money through fon pun dia tolong. Aigoooo... mula2 mmg segan, tp lama2 kami mmg dh lali sbb kalo ade problem je, terus gi jumpe dia. Xamek tiket no giliran pun :p

Fyi, dia suggest kami untuk buka 2 jenis account ni:
1) Saving account ANZ Online Saver
 No minimum balance, easy access to your money and earn interest with our online savings account: An ANZ Online Saver account is a convenient way to save. Easy access to your money when transferred to your linked ANZ everyday account via ANZ Internet Banking and Phone Banking.
2) Everyday account ANZ Access Advantage An everyday account where what you see is what you get. Enjoy the freedom to use your own money online, over the phone and overseas with your ANZ Access Visa Debit card.


Boleh rujuk http://www.anz.com.au untuk maklumat lanjut :)
Bank statement sangat penting untuk kebanyakan urusan di sini seperti sewa rumah, beli kereta, nak daftar line telefon & so on. So, mmg kena buka akaun ni segera. Then boleh lah inform maklumat akaun tersebut kepada sponsorship masing2 (KPT, JPA, MARA atau mana2 agensi yang berkaitan) untuk memudahkan aliran kewangan anda demi kelangsungan hidup anda di masa hadapan.    

5. Beli no telefon & h/p sekali
Bagi yang telah mempunyai h/p yang canggih manggih tu, mungkin boleh beli no fon shj. Tapi saya dan mr hubby mmg dari awal dah plan nak beli h/p kt sni. Frankly, of course harga fon kt sni lebih mahal, tapi kami pilih untuk beli pakej h/p + monthly commitment. Sebelum langgan mana2 syarikat telekomunikasi tu, survey2 lah dulu. Bandingkan harga dan dapatkan pilihan terbaik yang memenuhi tuntutan penggunaan anda. Untuk kami, ni dia. Tadaaa...

 H/p husband colour hitam, saya punya warna putih.


Kt sni brand ni, compatible with Celcom... i think. Brand Optus mcm Maxis

Sebulan kami bayar AUD54 (unlimited internet access 500MB, free call worth AUD300 for international+local number, free call vodafone to vodafone). Rasa nya pakej ni sgt berbaloi & sesuai untuk kami. Call laki bini free, and ade free call ke Malaysia. Telefon sejam lebih sekali seminggu ke KL pun boleh. Internet kuota mmg kecik, tp cukup la kalau perlu 3G  bile sesekali kt luar. Most of the time (kt rumah & uni), saya guna wifi jer. Teknologi ni xterkejar dek oiii... Sume benda makin lama makin canggih. Saya yakin, seiring dengan peredaran  masa, pasti ada pakej telefon  yang lebih baik lagi di masa hadapan.  

6. Beli kad metro untuk public transport (bus/tram)
Mula2 naik bus dulu, kami bayar AUD2.50/AUD3 seorang untuk ke city dari Campbelltown. Agak mahal dan beli direct dari driver kat dlm bus. Tapi bila dah 2-3 hari naik bus & dah faham serba sikit tentang sistem pengangkutan awam di Adelaide ni, baru la dok membeli kad metro.
Mr hubby punya, kad regular. Kad untuk adults & tambang ikut normal rate.
Saya punya, kad concession. Kad untuk student & tambang separuh dari rate normal.


Sedikit info, jika nak tambang bas yang lebih murah untuk ke city atau sebaliknya, pastikan anda menaiki bas antara 9pagi-3petang. Perkhidmatan bas pada waktu tersebut dikira sebagai di luar waktu puncak dan kadarnya memang sgt murah. Dalam kes saya, tambang bus saya ke uni biasanya AUD 1.57 bagi student. Mr hubby kena bayar lebih kurang AUD 3.19. Tapi kalau travel within the mentioned time, tambang saya cuma AUD 0.84. Murahkan? 

 
Below ni bus 99C, City loop. Naik bus ni FREE! Kalau nak berjalan around the city in Adelaide, boleh guna khidmat bus ni :)  Oh! rupa bus kt sini lebih kurang macam ni. Bus yang kami selalu naik utk pergi & blk ke rumah - bus 177 (paling dekat utk jln kaki), 174 (jauh sket, tapi yg bagusnya, bus ni boleh direct gi air port) & 178 (paling jauh dr rumah... Mr hubby kne mai amek at bust stop 21 at Montacute Rd). Bus H21, H31 pun boleh juga tapi lama laaa bertapa dlm bus sbb dok masuk ceruk taman perumahan. 

  

3 comments:

  1. Boleh berkenalan... saya hanya ada facebook magnet magnet. accoun lain tak pandai. Banyak yg hendah saya tanya tentang belajar dan tinggal di Adelaide ni. Anak akan sambung belajar di sana dan kalau boleh nak kenal dgn mana-mana pelajar lelaki sebab nak minta bantuan cari rumah untuk dikongsi sewa bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, buat permulaan.. sy sarankan add lah web page 1) pasar online adelaide dan 2) MyPSA(SA) - Malaysian Postgraduate Students Assoc. of South Australia Inc. di facebook. Di kedua-dua webpage ni, boleh bertanyakan secara umum utk berkenalan dgn mana2 pelajar & mencari bantuan sewa rumah.

      Delete
    2. Terima kasih

      Delete