Terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh kaum keluarga, teman-teman, sahabat, para pelajar dan kenalan yang sudi hadir ke majlis perkahwinan saya pada 9, 10 & 17 November 2012. Saya begitu bahagia sekali melihat saudara-mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sudi hadir memeriahkan majlis dari akad nikah di Ampang sehinggalah selesai majlis bertandang di Parit Buntar. Ada yang sudi datang dari jauh, ada yang sudi datang meskipun dah lama tak jumpa... Semuanya buat saya rasa terharu :)
Saya sangat gembira dan berbesar hati menerima kunjungan, sumbangan dan perhatian semua pihak dalam menjayakan majlis perkahwinan saya sama ada secara langsung atau sebaliknya. Terima kasih atas semua ucapan, ingatan, hadiah dan doa kalian. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan semua. Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan sentiasa dalam lindungan-Nya.
Semoga doa dari semua pihak menjadi barokah, semangat dan pedoman buat saya dan suami dalam mengharungi kehidupan alam berumahtangga dan berbahagia hingga ke syurga, Amin...
Kenduri kahwin 17 November 2012 di Parit Buntar
Kenangan pada tarikh 10.11.12 di Ampang bersama kesemua adik-beradik
Kemeriahan & kelegaan setelah selesai majlis
Indahnya bergelar raja sehari
P/S: Kepada suami tersayang, terima kasih kerana kesudianmu menerima akad nikah diri ini. Semoga harapan, impian & doa kita dimakbulkan Allah. Love you always!
No comments:
Post a Comment