Assalamulaikum semua,
Tanggal 16 June amat bererti buat saya. Lebih2 lagi pada tahun ni.
Kerana hari ini lah ulang tahun hari lahir ayah.
Ia serentak dengan sambutan Hari Bapa sedunia.
Ayah merupakan insan teristimewa, kurniaan terhebat dari Allah Taala kpd saya sekeluarga.
Siapa ayah saya?
Ayah saya bernama Hamzah Bin Ariffin. Dilahirkan di Jeram, Selangor.
Membawa darah keturunan dari Jawa, ayah merupakan anak lelaki tunggal dari 3 beradik.
Ayah ada kakak & adik perempuan.
Ayah membesar di ibu kota dan telah bertemu jodohnya pada April 1980.
Kehidupan ayah penuh ranjau demi membesarkan kami 5 beradik.
Ayah seorang yang kuat bekerja, cekal dan tegas orangnya.
Peribadi ayah sukar dinilai orang. Hanya yang mengenalinya shj yang akan nampak kehebatan ayah.
Ketahuilah bahawa hubungan kami anak beranak umpama kawan2... :)
Ayah seorang yang sangat memahami, penyayang dan sangat bertanggungjawab.
Paling best, ayah seorang yang sangat sporting!
Mase kecik2, ayah jarang ada masa dgn family sbb tuntutan kerja.
Tapi ayah xpernah kecewa kn permintaan anak2.
Dulu2, orang main roller blade, ayah akan beli kn kami roller blade.
Kalo musim org main lumbe kete TAMIYA, ayah pon akan beli kn...
Untuk saya, patung Barbie Doll & Poly Pocket tu dh puas ayah beli
Sebut minat Red Hot Chilli Peppers, esok ayah dah hulur CD original...
Si Busuk yg minat Siti Nurhaliza, tapi ayah lah yang sibuk cari kn album baru
Walaupn ayah manjakn anak2 dan usaha penuhi semua permintaan anak2
Namun ayah sangat tegas dgn pendiriannya, terutama dlm mendidik kami adik-beradik
Jahat2 abang, confirm kene rotan kalo ayah tau
Sapa2 ponteng atau cikgu complain, sure kene balun kalo ayah tau
Pantang ayah kalo dgr anak2 xmau gi sekolah
Sepanjang hayat ini, ayah lah pendorong dan sumber kekuatan.
Kesabaran dan ketabahannya xterlawan.
Tanpa ayah, tentu saya bukan saya hari ini.
Kerana restu dan doa ayah lah
Yang menjadikan kehidupan saya rasa bahagia, sejahtera dan selamat :)
Terima kasih Allah atas kurniaan dan nikmat kasih sayang ayah
Ayah tiada galang ganti nya
Dan sampai bila2 pun, ayah lah sumber inspirasi
Jasa ayah xternilai harganya
Kasih sayang ayah xpernah susut nilainya
Pengorbanan ayah xterbanding taranya
Buat ayah,
Happy birthday & Selamat Hari Ayah...
Anakmu ini, mohon maaf zahir batin andai ada salah silap
Atau terkurang sana sini dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai anak
Xterbalas rasanya segala jasa dan pengorbanan ayah
Saya xkan pernah lupa amanat dan hasrat ayah
Semoga ikatan kasih kita berkekalan sampai ke syurga
Love u, ayah!
Ayah,
No matter where i go in life
Who i get married to
How much time i spend with guys
How much i love my boyfriend
You'll always be my number 1 man
Buat sang pria yang bakal bergelar suami saya,
Mohon jadikan ayah sebagai contoh
Xbanyak, sikit pun jadi la...
Kerana selain Nabi Muhammad s.a.w, dialah idola saya dunia akhirat
No comments:
Post a Comment