Monday, 7 November 2011

Jika dulu... dan update terkini

Lama sudah tak berceloteh panjang di blog ni. Seperti biasa bukan tak mahu berceloteh itu dan ini, tapi ruang waktu amat terhad untuk ke sini. Kebelakangan ini, suasana hidup berjalan dengan tenang dan perlahan sekali. Banyak perkara yang telah dilalui dan saya rasakan segala nya punya hikmah yang tersendiri.

Jika dulu saya terasa janggal dan kekok di fakulti, kini keadaan itu semakin pulih tetapi masih belum mencapai paras normal seperti dahulu kala.
Jika dulu saya terasa jauh hati dengan si dia, kini saya sudah lali. Rasa nya banyak sudah air mata yang dibazirkan, namum pada akhirnya si dia tetap begitu, seolah2 tiada apa2 pun yang berlaku.
Jika dulu saya hidup kelam kabut dan mengejar waktu, kini tidak lagi. Saya kini menjalani kehidupan dengan tenang tanpa tekanan waktu.
Jika dulu soal ibadah saya selalu ambil ringan, kini itulah keutamaan saya. Saya ingin mengejar yang abadi. Justeru, apa pun ketentuan oleh Nya, saya terima dengan hati yang terbuka.
Jika dulu saya suka risau yang bukan2, kini tidak sesekali. Saya serahkan pada Yang Esa, maka risau itu akan diletakkan pada tempatnya. 

Update terkini:
Pada 28 - 30 Oktober yang lalu, saya bersama kesemua pelajar telah selamat mengadakan lawatan akademik ke Langkawi bagi subjek Rock Engineering. Kenangan manis di sana pasti tidak akan dilupakan, lebih2 lagi itu merupakan trip pertama bersama pelajar ke luar daerah. Sebelum ini, paling jauh adalah melihat batuan di Puncak Perdana. :) Melalui trip ini, saya merasakan banyak keberhasilan yang diperolehi dan rata2 pelajar gembira dengan perjalanan program walaupun diuji dengan masalah pengangkutan (van rosak; xdapat 2 bas seperti yang diminta). Saya pohon agar segalanya dilindungi Yang Maha Esa dan ikatan ukhuwah yang terjalin akan terus mekar dan bertambah erat. (P/S: Saya borong coklat, sapa nak sket boleh datang ofis atau umah sewa saya. Hehehe)

Akan datang nanti (9 - 12 November ini), saya bersama 21 orang pelajar FKA akan ke Cambodia (sekali lagi... rezeki, Alhamdulillah) untuk program kemasyarakatan bagi khidmat masyarakat dengan penduduk setempat. Doakan segalanya dapat berjalan lancar kerana saya sedikit gusar tentang lawatan ini. Al-maklum lah, ke oversea kan... bawak student pulak tu. Memang cuak le rasenye. Musim banjir dan cuaca yang tidak menentu memang menjadi sebab knp saya sangat concern dengan trip ini.

No comments:

Post a Comment