Perasaan mengajar dulu dan kini sungguh berbeza. xtau knp... atau ape kurangnya... saya sendiri masih tercari2 momentum dahulu. Rase super bersemangat dan kecintaan yang berkobar2 untuk melunaskan 'lecture' berjam lamanya kian pudar. Perasaan kini sudah tidak sama seperti dahulu. Hati ini cuba dipujuk dengan berfikir "mungkin krn masih baru, belum biasa dan lambat laun akan ok juga nanti..."
Hakikatnya banyak faktor yang memainkan peranan. Yang pertama, sudah tentulah warna dan karakter pelajar di dalam lecture room tu sendiri. Ada yang ok, ada juga yang mencabar iman. Sebelum ni, belum pernah lagi hati ini terasa tak suka atau pandai membeza2... kali ini, itulah yang dirasai. Rasa xbaik dan kasihan juga kerana bukan semua pelajar begitu. Maka saya harus bersikap adil dan pasrah kpd Yang Maha Esa agar segalanya berjalan lancar. Bak kata pepatah, "dalam setandan pisang bukan semuanya buruk". Jadi segalanya saya anggap sebagai cabaran semester kali ini.
Yang keduanya kerana faktor sekeliling. Jika dulu, kehidupan agak hectic dengan banyaknya kerja, banyaknya orang dan banyaknya tujuan hidup yang ingin dipenuhi. Kini segalanya berubah. Saya tidak lagi berdepan dengan semua itu. Saya kini menjalani kehidupan yang benar2 tenteram, sunyi dan dikelilingi oleh orang2 tertentu. Dunia saya di Shah Alam dilingkari oleh 4 individu sahaja - Ejin, Noren, Botak dan Moni. Maka, xhairan lah jika dunia kini tidak terasa seperti dahulu.
Yang ketiga, saya melalui pelbagai cabaran hidup. Bukan bertujuan mengadu domba. Kehidupan kini walaupun tenteram dan sunyi, saya masih dalam terkejar2 kerana memenuhi tuntutan kerja yang tiada berpenghujung. Masing2 bersaing, mengejar sesuatu dalam perkembangan karier sebagai ahli akademia. Begitulah juga saya. Saya sedang meniti arus tersebut. Keadaan ini menjadikan saya melakukan sesuatu demi tujuan tersebut. Jika dulu, pemikiran saya masih 'bersih' dan ikhlas membuat sebarang kerja. Banyak pun xpe asal hati gembira. Tapi kini apabila keadaan itu kian berubah, segala yang dilalui semakin janggal dan canggung kerana tiada lagi kerja sebanyak yang dulu.
Yang terakhir, dek kerana masalah peribadi dari diri saya sendiri. Saya mungkin sedang mengharungi masa2 sukar mengendali urusan keluarga dan urusan kewangan yang timbul buat masa ini. Keadaan menjadikan saya tidak segar, segan dan banyak berfikir bagi mengharungi cabaran ini. Orang di luar sana mungkin nampak 'keceriaan dan ketenangan' yang dipamerkan. Hakikatnya, gelora di jiwa xsiapa yang tahu.
Dengan pelbagai al-kisah yang mewarnai dunia saya kini, mungkin itulah faktor2 penyumbang kenapa saya berasa lain dulu dan kini. Apabila kesannya melibatkan pelajar dan lecture di kelas, saya harus tangani segera dan kena kembali normal seperti biasa. Hingga kini, saya masih lagi tercari2 momentum itu. Doakan kejayaan saya mengatasi segala cabaran yang ada. Pasrah dan tawakkal padaMu Ya Allah.
No comments:
Post a Comment